Kehidupan peribadi Suhaimi_bin_Abdul_Rahman

Beliau mendirikan rumahtangga yang pertama bersama Faridah, (1983-1985), dan bercerai kemudian berkahwin pula dengan Noorliza Abdul Latiff, (1990-1994). Sekali lagi rumahtangga Amy dilanda krisis dan berpisah lalu Amy mengahwini Roslisa Ahmad, sekali lagi Amy dilanda ujian dalam rumahtangganya membuatkan mereka berpisah lagi hinggalah berjumpa dengan Norhasniza "Nourish" Hassan yang berasal dari Kedah kekal hingga kini.[9] Hasil perkahwinan Amy beliau telah dikurniakan 5 orang cahaya mata semuanya iaitu Nabila Huda (1984), Irisha Myra (1997), Alexander Zulkarnain (2004), Sania Samara (2005) dan yang bongsu Qaqa At-Tameemi (2009). Isterinya, Nourish mengalami keguguran ketika hamil dua bulan.[10]

Beliau ialah seorang penggemar teh tarik dan melancarkan jenama teh beliau yang diberi nama Phweet!. Amy berkata: "Kepada peminat rock, bersedia untuk Teh Tarik Phweet! istimewa saya. Ini sesuatu yang saya selalu mahu lakukan, kerana saya seorang pencinta teh. Dari zaman awal saya sebagai seorang pemuzik yang bercita-cita, kepada penyanyi rock, teh tidak pernah lekang dengan jiwa saya selepas kerja keras seharian".[11]

Rujukan

WikiPedia: Suhaimi_bin_Abdul_Rahman http://news.google.com/newspapers?id=LLYTAAAAIBAJ&... http://www.imdb.com/Name?Suhaimi+bin+Abdul+Rahman/ http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=32207 http://www.thejakartapost.com/news/2008/09/05/mala... http://www.mmail.com.my/content/32428-search-no-fu... http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/nasir-jani/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://isni.org/isni/0000000466358590 https://musik.kapanlagi.com/berita/ketika-band-mal...